[VIDEO] Individu Cakap Buruk Pasal Puteri Sarah, Ini Respons Tuan Badan – “Dah Bagi Pun Masih Menyalak Maksudnya Tak Tenang La…”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana tampil memberi respons terhadap isu segelintir individu yang bertindak menghentam dirinya setelah didakwa acap kali menyebarkan aib.

Menerusi sebuah video siaran langsung tular di TikTok, bekas isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof ini seakan mempersoalkan pihak belah sana.

Aktres drama rantaian Suri Hati ini mendakwa pihak belah sana tidak berpuas hati meskipun dia telah mengundurkan diri.

“‘Sudah-sudahlah nak fitnah orang, jaga aib diri sendiri jangan sampai terbuka’ siapa ni, siapa yang cakap ni? Ada orang cakap buruk pasal Sarah ke?

“Ala biasalah tu, kalau ada orang cakap buruk pasal Sarah itu kita dah tahulah siapa.. Kita tak payah layan orang macam tu sebabnya kita dah bagi apa yang dia nak..

“Kita pun dah move on, nak start shooting dekat Indonesia.. Dah tak kisah apa nak jadi dekat sana. Dah sedakah, so apa lagi nak?

“Dah bagi pun masih menyalak lagi, so maknanya tak tenanglah tu kan? Sampai saya dah ada kat Indonesia, so nak apa lagi,” katanya lalu tertawa.

Berdasarkan tinjauan XTRA di ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan pendapanya itu serta berharap agar pihak Ira Kazar sekeluarga akan berhenti menganggu Puteri Sarah.

Semasa artikel ini ditulis, video ini telah meraih sebanyak 200,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan lebih 400 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Luah Kecewa Kes Saman Ira Kazar Selesai, Ini Jawapan Padu Puteri Sarah!

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam Akrab Dengan Besan, Terbuka Jika Puteri Sarah Jumpa Jodoh Baharu – “Masing-Masing Cari Kebahagiaan”

Aqilah Paharuzi