[VIDEO] Didakwa Terkait Aktiviti ‘Swinger’, Emma Maembong Malas Layan Gosip Liar Tak Berasas  – ‘Saya Dengan Fitnah Macam Bestfriend”

Pelakon jelita, Emma Maembong tidak cepat melatah apabila namanya terkait berhubung gosip liar mendakwa selebriti wanita terlibat dalam aktiviti ‘swinger’ atau bertukar pasangan seks. 

Menurut aktres drama rantaian Ajari Playboy Itu, Emma mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang respons terhadap tuduhan dianggap langsung tidak berasas itu. 

“Saya ada nampak berita itu tetapi isu tu langsung tak ada kena mengena dengan saya jadi buat apa nak melatah? 

“Memang bukan saya, kalau betul saya, dah viral dari dulu lagi. Saya malas nak layan gosip, tetapi sekiranya tuduhan itu melampau sangat, saya akan ambil tindakan mahkamah.

“Kita ada undang-undang, buat apa nak takut? Cuma saya fikir mereka yang memfitnah saya tu ada duit ke nak bayar?

“Paling-paling buat sidang media mohon minta maaf tapi akan berpanjangan, membuang masa. Benda yang kalau boleh elak, elak jadi tak payah nak serabut,” katanya. 

Sementara itu, Emma berkata dia sudah lali dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya sejak dahulu lagi.

“Sebelum kahwin pun saya cuba mengelak sebaik mungkin dakwaan berhubung saya macam-macam.

“Ada yang cakap saya perempuan clubbing, macam macam tapi saya fikir saya manusia.

“Seolah-eolah seperti robot yang tak boleh buat apa. Masa saya buka tudung pun, terlalu banyak gambar saya yang orang edit.

“Itu pun saya tak ada cakap apa untuk pertahankan diri. Saya dengan fitnah dah macam bestfriend. 

Namun begitu, kakak kepada selebriti Caca Maembong ini menjelaskan dia tidak mahu melayan gosip murahan ini kerana enggan menjejaskan pemikiran anak-anaknya dengan berita palsu. 

“Saya tak akan layan gosip-gosip yang tak sedap di mata anak-anak bila mereka besar nanti.

“Daripada tengok benda yang tak elok lebih baik saya fokus apa yang ada kat depan. Sebagai pelakon, ibu dan orang Islam setiap hari saya nak cuba jadi yang terbaik,” katanya. 

Emma berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya, semalam.

Terdahulu, nama Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar terkait susulan dakwaan mengatakan seorang artis wanita berkulit putih dan memiliki dua cahaya mata terbabit aktiviti bertukar pasangan untuk melakukan hubungan seks. 

Artikel Berkaitan: Tawar Buat S*ks Dengan Suami, Individu Dedah Pada Caprice Artis Cantik Terlibat Aktiviti ‘Swinger’?

Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Shazli pada 20 Februari 2020 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq, 3, dan Shakil Aryan Shah, 1.

Aqilah Paharuzi