Gelagat Beto Kusyairy & Zahiril Adzim Karaoke Buat Ramai Geli Hati – “Part Melatah Tu Aku Terhibur”

Gelagat pelakon Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim menyanyikan lagu Singkong dan Keju tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Beto menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Zahiril sempat mengusik Beto ketika menyanyi sehingga melatah.

“Terimalah ‘sumbang’an terakhir daripada kami dari @bobbysansupply Singkong & Keju,” tulisnya.

Terhibur melihat gelagat kedua-dua pelakon drama Juvana itu, rata-rata pengikutnya tampil memberikan pelbagai respons di ruangan komen.

Fatin Nurain