[VIDEO] Dihentam ‘Vaping’ Depan Khalayak Ramai, Peminat Tampil Back Up Mierul Aiman… Dedah Bukti Keadaan Sebenar

Nama pelakon baru, Mierul Aiman hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas tular sebuah video memaparkan aksi kurang senangnya di khalayak ramai.

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman menyedut rokok elektrik atau vape di hadapan ramai orang.

 

Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen tidak bersetuju dengan tindakan Mierul itu lalu melemparkan tohmahan bertubi-tubi kepadanya di ruangan maklum balas.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen meluahkan rasa meluat terhadap gelagat wanita yang menjerit ketika berjumpa Mierul.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat individu tampil mempertahankan Mierul dengan memuat naik bukti bahawa pelakon drama rantaian terkenal ini tidak menghembus vape di khalayak umum.

Menurut individu berkenaan, Mierul sebenarnya berada di belakang pokok dan tidak berada di sekeliling peminat-peminatnya.

Malah, video tular tersebut menunjukkan peminatnya yang datang kepadanya ketika Mierul berada di tempat tertutup tanpa perhatian ramai.

“He would never! Dia nak vape pun dia tuntuk dan menyorok dekat belakang stage. Peminat dia tu yang approach dari belakang pokok tu,” ujar individu berkenaan.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan media sosial pelakon berkenaan, sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas dari pihaknya sendiri.

Aqilah Paharuzi