[VIDEO] “Dia Buat Amal Jariah, Wajar Digelar Aset Negara…” – Tumpang Bangga, Fazura Puji Khairul Aming

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura mengakui menonton video masakan yang dikongsikan oleh pempengaruh, Khairul Aming di media sosial.

Bukan sahaja berbakat dalam dunia masakan, malah Khairul juga mempunyai bisnes SambalNyet yang menerima sambutan cukup luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Terkejut 13,000 Botol Sambal Nyet Sold Out Dalam 2 Minit!

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Beri Bonus & Belanja Pekerja Baju Raya, Netizen Luah Rasa Kagum – “Suka Tengok Boss Treat Staffs Nicely”

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Fazura berkata dia amat mengagumi Khairul yang banyak membantu para wanita serta dianggap sebagai aset negara.

“Ya.. Saya tengok semua video masakan dia. Ya Allah.. Khairul Aming tu aset negara ya. Dia sangat merendah diri. Sangat berjaya, Alhamdulillah. Saya sangat berbangga dengan kejayaan dia.

“Satu amal jariah juga sebab dia tunjuk resepi-resepi dia.. Effort buat content dia untuk membantu kita suri rumah untuk belajar masak dan ada lebih banyak idea untuk masak makanan lain,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia serta ramai bersependapat bahawa gelaran Datuk wajar diberikan kepada Khairul.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 150,000 tontonan, 4,000 tanda suka dan 40 komen.

Aqilah Paharuzi