[VIDEO] Disyaki Terima Layanan Istimewa Gara-Gara Dapat 3 Tiket Percuma & Pas Tetamu, Ini Respons Zeera Azizi – “Bukan Kable Artist…”

Kehangatan konsert Noah Live in Kuala Lumpur pada Sabtu lalu di Zepp KL sehingga kini masih terasa.

Namun begitu, hantaran pempengaruh Zeera Azizi di akaun TikTok miliknya mengundang 1001 pertikaian yang mendakwa selebriti ini mendapat layanan ‘istimewa’ daripada vokalist band tersebuah, Ariel gara-gara mendapat tiga tiket konsert dan pas tetamu di saat akhir.

“Last minute cari tiket, finally Ariel Noah sendiri yang bagi. Boleh choose nak duduk mana but we all pilih rockzone.

“We got the chance to met Noah and said thank you to Ariel personally for the Guest pass,” tulisnya dalam video tersebut.

“Alhamdulillah rezeki. Hope to see NOAH again next year!  I keep here as a beautiful memory,” tulisnya di kapsyen.

Menyedari namanya menjadi perbualan, kakak kepada pelakon Neera Azizi tampil menjelaskan keadaan sebenar sekaligus menjawab dakwaan segelintir pihak yang menanggap dirinya menggunakan kable ‘artis’ menerusi hantaran sama di ruangan komen video itu.

“Bukan cable artis. I dm (direct message) him myself and rezeki dapat tiket dari Ariel sendiri that’s why dapat peluang jumpa dia sekali,” jelasnya.

Aqilah Paharuzi