[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Pelakon jelita, Anna Jobling mula menjadi perhatian ramai selepas kemunculan dalam drama bersiri Melur Untuk Firdaus bersama aktor Meerqeen.

Terbaharu, menerusi sebuah video dimuat naik oleh TV3 Malaysia menerusi program Malaysia Hari Ini di segmen Tumpang Der, aktres teater Maduku Terpaling Kalut mendedahkan empat perkara mengenai dirinya yang tidak diketahui oleh orang lain.

“Saya seorang penyelam dan dulu pernah bergelar perenang mewakili Selangor untuk beberapa tahun tapi tak sampai Sukan Malaysia (SUKMA) sebab masa tu dapat tawaran berlakon.

“Setiap kali saya keluar, saya akan order air kegemaran Teh O Ais Limau kurang manis dan terakhir, saya suka tidur walau dekat mana-mana pun,” dedahnya.

Disoal apa yang dihajati dalam lima tahun lagi, Anna berkata impiannya adalah untuk bergelar pelakon terbaik suatu hari nanti.

“Mungkin akan ada bisnes, berlakon di negara jiran tapi buat masa sekarang saya fokus di Malaysia,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan karier lakonannya, Anna berkata drama slot akasia TV3 Terima Kasih Cinta bersama pelakon, Amar Baharin akan bersiaran tidak lama lagi.

Manakala penggambaran Melur Untuk Firdaus 2 akan bermula pada tahun hadapan.

Kredit: YouTube TV3 Malaysia (MHI)

Aqilah Paharuzi