[VIDEO] Dituduh Sunting Foto Lentikkan Pinggang , Nora Danish Tampil Dedah Perkara Sebenar! – “Saya Telah Kehilangan…”

Baru-baru ini, pelakon Nora Danish tampil bersuara apabila sekeping foto yang dimuat naik di Instagramnya didakwa telah disunting semata-mata untuk kelihatan ramping pada bahagian pinggangnya.

Menerusi foto tersebut, Nora dilihat mengenakan busana gaun labuh berwarna hitam bagi mempromosikan produk wangian.

Dengan tenang, Nora menekankan bahawa foto tersebut sama sekali tidak disunting dan menyatakan pinggangnya kelihatan sebegitu mungkin disebabkan rekaan gaun yang dipakai memberi ilusi yang ramping.

“Hai semua, inilah dia… video ini saya nak kongsi dengan semua sebab ramai yang tanya dress ini saya beli dimana? Saya beli dekat ZARA sebab dia merampingkan pinggang saya.

“Sampai orang ingat saya sunting, sebenarnya tak sunting nampak ini video… mana ada sunting, nampak? Saya rasa rekaannya juga yang boleh merampingkan pinggang,” jelasnya.

Tegasnya lagi, pinggangnya kelihatan ramping kerana dia turut menjaga pemakanan dan mengamalkan senaman yoga sehingga kehilangan beberapa kilogram berat badan.

“Tetapi… saya juga melakukan senaman. Saya juga telah kehilangan beberapa kilogram. Saya minum Kaffi (minuman diet), saya jaga makan, saya buat yoga, saya tidak ambil gula tapi tidak amalkan sangat.

“Ya… jadi ini tidak disunting. Memang ramping… tidak lah ramping sangat tapi okay lah untuk berapa tahun (umur),” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Pinggang Lentik Nora Danish Jadi Perhatian, Netizen Dakwa Kantoi Edit Lagi!

Atiqah Johari