[VIDEO] Dituduh Tak Fikir Dosa Buat ‘Content’ Depan Kaabah Ketika Umrah, Ini Respons Padu Refal Hady

Aktor kacak Indonesia, Refal Hady sering menjadi perhatian warganet bukan sahaja di Indonesia, malah juga di Malaysia dek kerana mempunyai wajah yang tampan.

Terbaharu, Refal atau nama sebenarnya, Reza Fahlevi Alhady, kini sedang berada di Tanah Arab bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga dan rakan sejak minggu lalu.

Menjengah ke profil Instagram, Refal turut berkongsi momen-momen ketika melakukan ibadah Umrah di Makkah dan Madinah.

Namun, menerusi satu hantaran, Refal memuat naik sebuah video yang memaparkan dia dan rakan-rakan sedang membuat video di hadapan Kaabah sebagai tanda kenangan.

Ternyata hantaran tersebut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mengkritik pelakon tersebut dengan mendakwa video rakaman tersebut untuk kandungan (content) semata-mata.

Lebih panas, ada juga mempersoal tujuan sebenar ibadah Umrah Refal kerana video tersebut.


Tidak berdiam diri, Refal tampil membalas komen tersebut dengan menjelaskan tujuan sebenar video itu dibuat.

“Kalau niatnya baik selepas kita melakukan kewajipan, dan mahi mengabadikan momen berharga InsyaAllah, Allah redai.

“Cuma Allah yang tahu isi hati manusia, persoalannya isi hati kamu melihat konten ini apa?” balas Refal.

Malah, ada juga warganet yang berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk membuat video di hadapan Kaabah dengan tujuan hanya merakam kenangan.

Khairil Khusyairi