[VIDEO] Elfira Loy, Rita Nadira Diganggu Seorang Lelaki Ketika Bergambar

Pelakon Elfira Loy dan Rita Nadira diganggu seorang lelaki ketika bergambar di persimpangan jalan sekitar Bangsar.

Menerusi perkongsian Elfira di Instagram Story, dia dan Rita Nadira sedang mengambil gambar sesama sendiri di kawasan itu sebelum didekati lelaki tersebut.

ā€œThis dude tetiba datang dekat kami cakap ā€œHello girls, why are you guys taking photos here? What do you get?ā€

ā€œWe just smiled and he continued ā€œDo you guys think its funny?ā€ Im like, excuse me? He walked away sambil bebel-bebel ā€œGo pose. Flip your hair bla bla blaā€.

ā€œAnd dia nampak I ambik gambar dia terus dia ejek ā€œFeminism is foreverā€,ā€ tulisnya di video itu.

Menurut Elfira, dia mengakui berasa sedikit cemas dan tidak selesa untuk teruskan bergambar.

ā€œMasa tu I cuak jugaklah macam tak selesa dah nak ambik gambar. Confirm lepas ni pergi area Bangsar je takut dah nak ambik gambar. Ok tak jadi duduk Bangsar,ā€ ujarnya.

Maya Basir