[VIDEO] Emma Maembong Dukung Anak Lepas Bersalin, Undang Kebimbangan Netizen- “Ngilu Weh….”

Video perkongsian suami kepada Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar yang merakam aksi pelakon itu mendukung anak sulungnya Shariq Gabriel walaupun baru sahaja beberapa hari bersalin menarik perhatian ramai.

Video tersebut telah dimuat naik oleh Shazli di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa risau melihat keberanian Emma yang mendukung serta duduk bersila ketika di majlis akikah dan cukur jambul anak keduanya, Syakil Aryan Shah.

“Aku yang seriau tengok Emma relax je dukung anak first tu. Adoi ngilu rasa perut lepas bersalin.

“Eh kak Emma kenapa dukung abang. Baru lagi bersalin tu. Kenapa bersila dap beriba si abang Shariq lagi. Sorry sebab terlalu consent lah and risau untuk semua women yang buat gitu.

“Boleh dia dukung anak lepas bersalin. Ngilu weh. Lepas bersalin je angkat benda berat,” tulis netizen di ruangan komen.

Terdahulu, terdapat sebuah video yang dikongsi menerusi Instagram Shariq menunjukkan pertemuan kali pertama Shariq dan adiknya.

Menerusi video tersebut juga netizen sudah meluahkan rasa risau melihat Emma yang baru sahaja lepas bersalin mengangkat Shariq untuk naik ke atas katil.

Namun, Emma bertindak untuk tidak memberikan sebarang kenyataan dan ada juga netizen yang memilih untuk memahami bahawa setiap orang tidak mempunyai pengalaman serta kesakitan yang sama ketika dalam waktu berpantang.

“Ikut dia lah, badan dia. Badan orang lain-lain. Mungkin badan dia kuat tapi badan kau tak kuat. Mungkin badan dia tak ada allergic tapi badan kau ada allergic. Masing-masing tahu lah jaga diri. Elakkan fast food seumur hidup bukan 40 hari atau 100 hari.

“Biarlah, itu hal dia. Kita jaga kita sendirilah,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Emma telah melahirkan anak keduanya secara normal pada 11 Mei yang lalu.

Izzi Farhana