Categories: Trending

[VIDEO] Rita Rudaini Dedah Anak Patah Tangan Akibat Main Bola

Pelakon Rita Rudaini berkongsi video anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang dikejarkan ke hospital, baru-baru ini.

Video tersebut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya.

Rita juga mendedahkan anaknya mengalami kecederaan sehingga menyebabkan tangannya patah akibat bermain bola di sekolah.

“Kejadian minggu lepas, hari pertama sekolah, lepas break Hari Raya. Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan

“Mommy pun pernah patah jugak. Patah hati,” tulis Rita di kapsyen.

Memetik artikel Harian Metro, Rita berkata bahawa pihak sekolah telah membawa Rayyan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan selepas insiden itu terjadi.

“Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.

“Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama,” katanya.

Rita juga berkongsi bahawa Rayyan seolah-olah mengalami gangguan emosi disebabkan keadaan fizikal yang membataskan pergerakannya.

Manerusi perkongsian Rita di Intagram, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen kerana bersimpati di atas apa yang terjadi dan memberikan kata-kata semangat kepada Rayyan.

“Semoga cepat sembuh ye handsome boy. Anak lelaki saya pun dalam fasa pulih selepas patah tangan dua kali operation. Ini dah cuti hampir dua minggu di MRSM. Jangan lupa belikan susu khas untuk pembedahan tulang dia semula. InsyaAllah. Budak-budak tulang cepat sembuh.

“Allahuakbar. Sabar ye Rita. Berat sangat sangat perasaan ibu. Saya pernah alami. Kita jaga 12 tahun tak patah jatuh pun tak. Hantar pergi asrama seminggu patah kaki. Perasaan tu tak boleh nak gambarkan. Sabar ye Rita,” komen netizen.

Sumber: Harian Metro

Izzi Farhana