[VIDEO] Netizen Komen Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil Anak Pertama? – “Terlihat Ada Yang Sedang Membesar”

Sweetnya! Itulah yang dapat digambarkan apabila melihat pasangan selebriti sama cantik sama padan Adam Lee dan Sweet Qismina sejak mendirikan rumah tangga.

Terbaharu, Adam dan Sweet sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan kemesraan mereka di Instagram (IG).

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan momen comel apabila mereka membuat trend ‘langgar bahu jodoh’ bersama. Malah turut menyelitkan foto-foto perkahwinan mereka.

“Semua dah dirancang, kita je lalai,” tulis Adam ringkas.

Ternyata perkongsian tersebut mencuri perhatian peminat-peminat mereka yang tidak henti-henti mengagumi sejak drama Adam Chempaka menjadi fenomena ketika dahulu.

Namun di sebalik perkongsian comel itu, ada juga komen-komen warganet yang mendakwa Sweet kini berbadan dua.

Hal ini berikutan, ada yang mengatakan Sweet kelihatan sedikit berisi dan seolah-olah ada ‘baby bump’.

Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Gaduh Macam Mana Pun, Jangan Tidur Katil Berasingan” – Adam Lee & Sweet Qismina

Khairil Khusyairi