[VIDEO] Farid Kamil Kongsi Momen Di Makkah Bersama Keluarga, Luah Rasa Rindu Pada Anak – “Sampaikan Pada Mereka Ya Allah…”

Minggu lalu kecoh kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle masih berlarutan apabila pengurus kepada Farid memaklumkan Farid masih tidak dapat memasuki rumah dan berjumpa anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Maklum Farid Kamil Tak Dapat Masuk Rumah & Jumpa Anak – “Dia Masih Tak Diberi Kebenaran”

Terkini, Farid dalam satu perkongsian memuat naik sebuah video yang memaparkan momen-momen dia dan keluarga ketika berada di tanah suci Makkah.

Menerusi perkongsian tersebut, Farid meuahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

“Rindunya pada mereka Ya Allah.

“Sampaikan pada mereka Ya Aallah kerana aku tidak mampu,” tulis Farid ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tersentuh terhadap perkongsian tersebut. Malah ramai yang mendoakan urusan keluarga ini dipermudahkan.

Terdahulu, media melaporkan, Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana bagaimanapun enggan melafazkan cerai.

Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Mohon Cerai?

ARTIKEL BERKAITAN: “Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia” – Diana Danielle Buat Tuntutan Cerai, Ini Respons Farid Kamil

Khairil Khusyairi