Tak Sabar Miliki Zuriat, Raysha Rizrose Kini Bahagia – “Saya Sangat Bersyukur, Doakan Yang Baik-Baik”

Pelakon Raysha Rizrose, 26,  mengaku kehidupannya kini sedikit berubah selepas bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 3 (F3), Nabil Nabil Al-Jefri,29,  pada 23 Februari lalu.

Menurut Raysha, sejak bergelar isteri dia masih berada difasa membiasakan diri sehingga kini, malah masih banyak perkara yang perlu dipelajari tentang alam rumah tangga.

“Alhamdulillah, masih membiasakan diri sebagai seorang isteri, maksudnya still feeling belum digest lagi perasaan dan tanggungjawab sebagai isteri . Maklumlah, masih baru dan tengah sesuaikan diri ada partner kat rumah.

“Tapi alhamdulillah, saya sangat happy dan bersyukur,” katanya.

Berkongsi mengenai perihal suami, Raysha menyifatkan Nabil sebagai seorang yang sangat baik dan memahami, malah dia sendiri tidak menyangka suaminya itu memiliki sifat yang dikaguminya iaitu sangat menjaga agama.

“Kami kawan sejak sekolah lagi tapi, bila dah kahwin ni, dia macam orang lain because he so much nicer  sebab memang tak expect dia macam tu maksudnya dari segi dia menjaga agama, dari segi dia jaga Raysha dan rumah, semuanya Alhamdulillah. He is such a nice person lah.

“Selain tu, dia memang penyabar, merendah diri dan sangat menghormati orang lain,” jelasnya.

Bahkan, ketika di tanya mengenai perancangan untuk memiliki zuriat pula, pelakon Bisik-Bisik Gelora ini memaklumkan tidak ada istilah masih awal atau sebaliknya kerana dia juga sudah tidak sabar untuk memiliki zuriat sendiri.

Malah, berharap peminat sentiasa mendoakan yang baik-baik untuknya dan suami.

“Sudah tentu saya tidak sabar nak ada cahaya mata Insya-Allah, doakan yang baik-baik. Dan for now memang saya tak ada apa-apa planning kalau ada rezeki ada lah… Insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Raysha dan Nabil melangsungkan perkawinan pada 23 Februari lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Dan, pada majlis yang dihadiri sekitar 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran, berbalas jumlah sama dari pihak pengantin perempuan.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin