[VIDEO] “Feeling Macam Permaisuri Pula”- Gelagat Amy Mastura Masuk Hotel Bikin Netizen Gelak!

Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura, 51, mencuri perhatian peminat selepas berkongsi sebuah video di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Amy bersama rakan-rakannya berkunjung ke sebuah hotel mewah bagi menikmati minum petang sebelum meminta untuk membasuh tangan, namun siapa sangka pelayan hotel tersebut datang dan membawakan bekas untuk mencuci tangannya.

Tindakan pelayan itu sekaligus membuatkan Amy berasa seperti seorang permaisuri.

“Jarang masuk hotel basuh tangan lepasni masuk hotel boleh basuh kaki. Lepasni boleh basuk muka ambil air sembahyang pula,” selorohnya.

Malah, tindakannya yang mencuit hati turut ditertawakan rakannya yang  terhibur melihat gelagat pelantun lagu Sha Na Na itu.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminatnya juga turut terhibur dan menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kelakar sejak dari dulu lagi.

“Itulaa… Akak..dulu tolak pinangan putera raja.. gilakan cameramen… hehehhe.. sekarang mesti dah jadi permaisuri darul syukur.

“Kak Amy tak pernah jadi permaisuri tapi pernah jadi Puteri.

“Kak Amy kalau tak kelakar memang tak sah! Lawak Kak Amy bersahaja je, berdekah tengok sampai ulang banyak kali.

“Kak Amy kalau tak kelakar bukan kak Amy Mastura lerrr… Lain kali akak kumur je terus.

“Memang perangai Stewardess memang kelakar macam ni ke?

“Subhana-Allah, kak Amy ni selain kelakar muka tu kenapa maintain muda je,” komen netizen.

Terdahulu, teraju utama filem popular sekitar tahun 1997, Puteri Impian itu memaklumkan, dia kini lebih memilih untuk menjalani kehidupan yang tenang tanpa sebarang tekanan.

Salma Syahbuddin