Pengurus Maklum Farid Kamil Tak Dapat Masuk Rumah & Jumpa Anak – “Dia Masih Tak Diberi Kebenaran”

“Dia masih tidak diberi kebenaran”

Demikian kata-kata pengurus kepada pelakon Farid Kamil, Azahari Hamid apabila memaklumkan bahawa Farid masih tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, Diana Danielle serta berjumpa anak-anak.

Memetik laporan Harian Metro, Azahari memberitahu Farid tetap akan mempertahankan rumah tangganya selepas Diana memohon untuk bercerai.

“Berhubung JKP itu, ia dijadualkan akan berlangsung pada 28 Mac ini. Bagaimanapun, butiran lanjut belum diberitahu lagi.

“Farid akan mempertahankan rumah tangga mereka. Buat masa ini, dia okay saja dan tidak terkesan walaupun sedang menjalani penggambaran,” katanya.

Isnin lalu media melaporkan, Diana telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana bagaimanapun enggan melafazkan cerai.

Sehubungan dengan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Mohon Cerai?

ARTIKEL BERKAITAN: “Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia” – Diana Danielle Buat Tuntutan Cerai, Ini Respons Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle Ada Hak, Bayar Sewa Rumah Punca Farid Kamil Dihalang Jumpa Anak – Peguam

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi