[VIDEO] FIFA World Cup: Bacaan Surah Al-Hujurat Berkumandang Sebagai Pembuka Acara Raih Perhatian

Acara pembukaan Piala Dunia 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Ahad, di Qatar sehingga kini masih menjadi sebutan hangat di serata laman media sosial.

Upacara pembukaan pertandingan berprestij ini dimulakan dengan perbualan antara pelakon terkenal Hollywood, Morgan Freeman bersama ahli perniagaan termuda Qatar, Ghanim Al-Muftah berhubung kemanusian dan penyatuan. 

“Apa yang menyatukan kita lebih besar daripada apa yang telah memisahkan kita. Kita adalah satu suku besar dan Bumi adalah khemah kita. Bersama-sama kita menyeru agar semua orang bersatu. 

“Bola sepak meluaskan dunia, ia menyatukan negara dalam kecintaan mereka terhadap permainan bola sepak ini. Apa yang menyatukan negara, ia menyatukan masyarakat. Kita semua mempunyai sejarah bola sepak, begitu juga dengan Qatar,” katanya.

Lebih mengejutkan ramai pihak perbualan tersebut akhirnya disusuli dengan ayat kitab suci Al-Quran yang dibaca oleh Ghanim berkumandang buat pertama kali dalam sejarah.

“Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.

“Sesungguuhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti,” 

Susulan itu, pelakon jelita, Mira Filzah turut meluahkan rasa syukur dan terharu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya berhubung pembukaan acara ternama ini. 

“Negara-negara Islam di dunia ini sangat kuat sebenarnya. Qatar, UAQ, Kuwait – kalau negara-negara Islam ini bergabung, kekayaan mereka sahaja Masya-Allah. 

“Kalau lah mereka jaga dan lindungi negara-negara Islam yang lain, pasti tiada kuasa luar yang berani menjajah. 

“Tahniah Qatar untuk usaha yang sangat besar, memartabatkan negara Islam dan memperkenalkan Islam dengan caa yang sangat bersahaja,” katanya.  

Video berdurasi 32 saat itu tular dan mengundang rasa sebak rata-rata netizen yang amat terkejut dengan acara pembukaan sungguh luar biasa itu. 

Sumber/Kredit: Twitter ESPN, Siakap Keli, Portal Al-Arab

Aqilah Paharuzi