PRU15: Tular Video Individu Rakam Semasa Mengundi, Dayana Roza Tak Setuju UNDI18? – “Diorang Tak Faham Politik, Undi Sebab Trend & Content…”

Pelakon, Dayana Roza, 31, tampil memberi respons terhadap isu tular baru-baru ini berhubung seorang individu bertindak merakam semasa proses mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Video tersebut memaparkan individu berkenaan menunjukkan kertas undian serta pilihan parti yang dipangkahnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, aktres drama Ajari Playboy Itu seakan tidak bersetuju UNDI18 diwujudkan kerana berpendapat mereka masih belum layak mengundi.

“Sebab tu la ada budak-budak bawah 21 tahun yang belum layak untuk mengundi. Kebanyakan undi sebab trend dan content bukan sebab negara.

“Diorang tak faham pun pasal politik, silap-silap nama menteri pun tak tahu,” katanya menerusi ruang komen di sebuah portal hiburan.

Menjengah ke ruangan komen selebriti ini, ramai dalam kalangan netizen bersetuju dengan pendapat Dayana mengenai isu tersebut.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang tidak bersetuju kerana berpendapat tidak semua golongan bawah 21 tahun ‘buta’ mengenai politik.

Jelas Dayana, dia hanya memberi pandangan peribadi mengenai sesetengah pihak.

“Akak kata kebanyakkan adik. Yang tua pun ada yang first time mengundi yang tak pernah ambik tahu pasal politik. Uni main ikut orang je,” tambahnya lagi.

Aqilah Paharuzi