[VIDEO] Gugup Berucap Di Khalayak Ramai, Mawar Rashid Diserang ‘Panic Attack’ – “Tak Pernah Tengok Dia Macam Ni…”

Usahawan dan pelakon, Mawar Rashid mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba diserang panic attack ketika majlis pelancaran produk terbaru dari jenamanya, Mawarose.

Menerusi video dimuat naik oleh F8buzz, isteri kepada pelakon, Raf Yaakob itu gugup ketika berucap di khalayak ramai dan tidak dapat menghabiskan ucapannya.

Ketika memberi penerangan mengenai produk terbarunya itu, Mawar yang ditemani oleh suaminya disisi mengakui berasa sangat gementar, lalu memanggil pakar rawatan kulit ke pentas untuk memberi penjelasan lebih menyeluruh.

 

Berdasarkan tinjauan XTRA, salah seorang top agent Mawarose turut berkongsi video Mawar ditenangkan oleh suaminya.

 

Menurut stockist agent kawasan Setiawangsa itu, ini adalah pertama kali dia melihat Mawar gugup di depan umum.

“Anxiety datang tiba-tiba. Kami tak pernah tengok masterose sampai macam tu sekali struggle nak ke depan bercakap.

“Bagi kami masterose ni sangat kuat dan tempat kami meluah segalanya. Padahal dia adik paling bongsu dan sangat manja..

“Tapi bila bersama kami  terpaksa dengar segala keluh kesah kami tanpa kami fikir beban, dugaan dan masalahnya apa. Maafkan kami masterose, tolong kuat demi kami,” tulisnya.

Kredit: F8buzz

Aqilah Paharuzi