Categories: Trending

“Dia Jaga Solat, Jadi Imam Tapi..” – Suami Kantoi Ada ‘Dark Side’, Isteri Tak Boleh Kawal Perasaan

Sesi suai kenal sebelum berkahwin adalah penting bagi mengetahui perangai luar dan dalam pasangan.

Namun begitu, baik buruk seseorang tidak dapat dikenali sepenuhnya sehingga sudah tinggal sebumbung.

Begitulah nasib wanita ini yang baru mengetahui ‘dark side’ suaminya setelah hampur setahun mendirikan rumah tangga.

Melalui satu luahan ciapan di Twitter, wanita terbabit mengaku rasa jijik terhadap kisah silam suaminya yang pernah melakukan sesuatu yang tidak baik di belakangnya.

“Saya dah berkahwin, ada anak satu. Jujur, suami memang baik. Dia jaga solat, jadi imam untuk keluarga besar saya, tak pernah tinggi suara, rajin urus rumah.

“Kalau orang lain tengok, memang orangakan cakap baiknya suami saya. Tapi baru-baru ni saya terjumpa chat suami dengan perempuan ini masa sebelum kahwin.

“Mereka berborak lucah dan hantar gambar yang tidak senonoh. Ya Allah hancur saya, menggeletar baca semua chat tu,” ujarnya.

Wanita terbabit cuba menerima takdir kerana semuanya sudah terlambat untuk berpatah balik walaupun hatinya sudah berkecai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menasihatkan wanita itu untuk memberi peluang kedua kepada suaminya.

“Suami jaga solat dan baik dalam banyak hal mungkin asbab dia dah bertaubat nasuha. Jangan sakitkan perasaan sendiri dengan gali semua kisah silam dia. Let the past be by gone, past is past. Kita semua bukannya perfect pun, bantu dia istiqomah untuk jadi suami sampai jannah,” komen netizen.

Nurul Hana