Masak Untuk Pekerja, Tidak Berkira… Ramai Puji Sikap Prihatin Aleeya Zailan & Suami – “Dulu Saya Hidup Susah”

Usahawan dan pempengaruh Aleeya Zailan tampil mendedahkan sebab dirinya sering masak banyak setiap kali membuat live bersama suaminya, Azri Aziz di TikTok.

Menurut pengasas Avenys ini, dia sering masak banyak kerana ingin berkongsi rezeki dengan pekerja dan pembantunya kerana pernah merasa hidup susah.

“Kenapa masak banyak setiap hari? Saya ni ada driver, beberapa orang penjaga, tukang cuci dan pembantu rumah. Lepastu ada beberapa orang pekerja saya lagi datang, sebab tu saya masak banyak.

“Saya boleh sahaja nak masak untuk kami berlima yang lain-lain tu lantak kaulah. Saya dah bagi gaji itu dia punya pasal nak pergi makan ke tak. Tapi saya takda rasa nak buat macam tu sebab dulu saya hidup susah kan.

“Kita rasa macam bila kita tengok orang makan tu bestnya orang dapat makan. Kita terliur. Allah bagi saya rezeki yang lebih. Setiap kali makan saya takkan pernah berkira. Apa je saya makan, mereka makan benda yang sama,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Aleeya menerusi sebuah hantaran di TikTok selepas kerap diajukan soalan itu dalam kalangan peminatnya.

@aleeyazailanavenysramai yang tanya soalan ni kan? kadang aleeya dgn bigboss tak sempat jawab. nah jawapan kepada semua persoalan anda. senang ada video ni 😅 tq semua ! jumpa pkl 6:30pm setiap hari di Live aleeya zailan ok😍 love u guys!♬ original sound – Aleeya Zailan

Menyedari perkara itu, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa kagum dengan sikap prihatin dan pemurah usahawan itu menerusi ruangan komen.

Fatin Nurain