[VIDEO] Gusar Roh Hilang Bila Salam Suami, Amyra Rosli Buat Netizen Gelak Besar, Siap Bertukar Jadiā€¦

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai video seorang individu yang dikenali sebagai Ustazah Afifah membuat kenyataan bahawa jika bersalaman dengan artis akan menyebabkan seseorang itu kehilangan roh dan jiwa.

Susulan itu, ramai artis memberi pelbagai reaksi mengenai kenyataan tersebut termasuk pelakon jelita, Amyra Rosli.

Menerusi video yang dimuat naik Amyra, dia dilihat gusar dengan kenyataan ustazah tersebut kerana suaminya adalah seorang artis iaitu pelakon Ammar Bahrin.

ā€œAdakah lepas ni saya tak boleh bersalaman dengan suami saya?

ā€œSaya takut hilang roh, hilang jiwa sebab suami saya artis,ā€ seloroh Amyra.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kegusaran yang dihadapi Amyra ditambah pula menggunakan filter ā€˜Ferrero Rocherā€™.

Lebih mencuit hati, ada segelintir warganet menyatakan bahawa mereka risau roh dan jiwa pasangan tersebut tertukar kerana masing-masing adalah artis.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 130,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka.

Atiqah Johari