[VIDEO] Ikonik! Nasha Aziz Masih ‘Melentik’ Di Usia 52 Tahun – “Super Class Top Model”

Siapa sahaja tidak mengenali dengan sosok aktres dan model jelita yang bernama Nasha Aziz. Tidak sekadar cantik dan menawan namun bakat dalam industri seni bukan calang-calang.

Terbaharu, Nasha menjadi perhatian apabila tular sebuah rakaman video di media sosial apabila memaparkan kemunculannya di pentas sebuah acara pertunjukan fesyen baru-baru ini.

Tampil anggun dengan menggayakan busana gaun serba putih, penampilan pelakon filem Laila Isabella di pentas tersebut cukup memukau apabila berjalan di ‘runway’ dengan caranya tersendiri

Nasha mencuri perhatian dengan aksi elegan dan penuh yakin di atas pentas.

Ternyata, Nasha membuatkan hadirin dan penonton terpukau malah ramai yang menyifatkan aktres usia 52 tahun ini tidak pernah gagal dalam memberikan yang terbaik.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut teruja dan dan terpesona dengan kecantikan Nasha seolah tidak dimamah usia.

Lebih menarik, ramai menganggap sememangnya Nasha berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Isu Wanita Sering Diduga, Ini Pesanan Padu Nasha Aziz…

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Lamanya Tak Tengok Lakonan Dia” – Nasha Aziz Bakal Muncul Dalam Drama Terbaru?

Khairil Khusyairi