[VIDEO] Ikut Nasihat Ustaz… Imran Aqil, Dahlia Rizal Buat Perancangan Keluarga – “Bila Dah Ada Anak Kita Akan Bekerja Keras, Itu Amanah”

Pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM, Imran Aqil mengakui dia dan isteri tersayang, Dahlia Rizal membuat perancangan keluarga.

Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok, aktor drama bersiri Budak Tebing 3 itu berkata dia mengambil nasihat ustaz yang mengatakan bahawa anak itu adalah amanah.

Malah, pasangan suami isteri ini juga tidak menafikan mengenai persepsi segelintir pihak mengatakan anak itu adalah rezeki, namun perlu seiring dengan tanggungjawab ibu bapa menjaga kebaijikan anak itu.

“Saya dan Dahlia ada family planning… harus sebenarya family planning ni supaya tidak menjadi satu beban sebab anak ini adalah satu amanah.

“Ada yang kata lepas kahwin terus cepat dapatkan anak sebab rezeki. Iya anak rezeki juga, betul. Tapi rezeki datang daripada amanah itu ada.

“Ini apa yang ustaz cakap ‘bila kita ada anak, amanah tu dah datang jadi kita akan bekerja keras.

“Jadi, rezeki itu datang melalui ibu bapa.

“Amanah ni boleh dia bagi macam satu beban untuk kita atau satu kemuliaan,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat Imran yang dikatakan sangat matang dan mempunyai ilmu dalam berumah tangga.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 300,000 tontonan, 20,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Sekadar info, Imran dan Dahlia selamat mendirikan rumah tangga pada 10 September lalu.

Artikel Berkaitan: Sweetnya! Imran Aqil Tunai Janji Buat Lagu Untuk Isteri, Dahlia Rizal Terharu

Artikel Berkaitan: Imran Aqil Dedah Amal Doa Nabi Musa Untuk Pikat Dahlia – “Terus Allah Bagi Cash”

Aqilah Paharuzi