[VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Nama pelakon sensasi, Ruhainies menjadi sebutan ramai selepas tular dakwaan berkhalwat bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz baru-baru ini.

Namun begitu, aktres jelita ini tampak tenang mengharungi kontroversi tersebut dan masih meneruskan kerjaya lakonan seperti biasa.

Menerusi video di Instagram, usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri bertanya kepada Ruhainies berhubung sumber kekuatan Ruhainies yang seolah-olah tidak terkesan dengan kontroversi tersebut.

“Ruhainies nampak tenang sangat, disaat orang provoke..ada yang kata tiga jam.

“Boleh saya tahu tak apa sumber kekuatan Ruhainies? Kalau orang lain mungkin berkurung tapi Ruhainies boleh lagi ada penggambaran dekat sini,” katanya.

Jelas Ruhainies, dia seorang selebriti yang amat komited kepada kerjaya selain mempercayai dirinya tidak perlu takut kerana berada di pihak yang benar.

“Apa yang tiga jam? Itu hanya tokok tambah saja.

“Saya kuat sebab salah satunya kerja, Saya memang sangat komited dengan kerja.

“Yang kedua, bila kita di pihak yang benar sudah semestinya kita tak takut. Berani kerana benar,” katanya.

Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat dalam kediaman milik aktres ini.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan sementara di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Artikel Berkaitan: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: Spekulasi Terjawab… Aliff Aziz ‘Kantoi’ Berkhalwat, Bella Astillah Mohon Ruang

Artikel Berkaitan: Ditangkap Khalwat, Aliff Aziz Buka Mulut – “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah…”

Artikel Berkaitan: Belum Beri Sebarang Kenyataan, Ruhainies Tegaskan Situasi Dengan Aliff Aziz Bukan ‘Tangkap Basah’

Artikel Berkaitan: Ruhainies Hanya Kawan Aliff Aziz, Belum Sedia Beri Kenyataan Rasmi – “30 Minit, Bukan 3 Jam”

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Tidak Lagi Terlibat Dalam Drama Gandingan Aliff Aziz & Ruhainies, Syukur Penerbit Memahami – “Terima Kasih…”

Artikel Berkaitan: “Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Aqilah Paharuzi