[VIDEO] Spekulasi Putus Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad Terjawab, Amelia Christie Akui Kini ‘Single’ – “Kena Bagi Tahu…”

Pelakon jelita, Amelia Christie memaklumkan dirinya kini bukan milik mana-mana pihak seolah-seolah memberi bayangan sudah putus hubungan dengan selebriti, Sharnaaz Ahmad.

Menerusi video temu bual Amelia bersama jenama tudung, dia menjawab soalan berkenaan lelaki idaman dan status dirinya sama ada ‘single’ atau ‘taken’.

Selain mengakui tidak bercinta dengan sesiapa, Amelia juga berkata dia menginginkan seorang jejaka yang bertanggungjawab.

“Saya idam lelaki bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati.

“Saya single. Saya okay sebab kita kena bagi tahu kita single,” katanya lantas ketawa kecil.

Sebelum ini, hubungan percintaan antara Sharnaaz dan Amelia menjadi sebutan hangat selepas mereka masing-masing sudah tidak mengikuti satu sama lain di Instagram.

Malah, Sharnaaz berkata dia tidak pernah mengiyakan hubungan mereka kepada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Amelia menyatakan dia reda sekiranya Sharnaaz tidak mengiyakan hubungan istimewa mereka itu.

Artikel berkaitan: Unfollow Di Instagram? Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad Mengenai Status Hubungan Dengan Amelia Christie

Artikel Berkaitan: Dikritik Netizen Sebab Seakan Menafikan Hubungan Dengan Amelia, Sharnaaz Ahmad Beri Penjelasan – “Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni”

Artikel Berkaitan: Amelia Christie Jawab Dakwaan Putus Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad – “Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Yang Kami Ada Selama Ini…”

Artikel Berkaitan: “Perempuan Lain Tak Apa, Nabila Kau Tak Boleh Cemburu, Marah” – Sharnaaz Ahmad

Aqilah Paharuzi