[VIDEO] Isu Wanita Sering Diduga, Ini Pesanan Padu Nasha Aziz…

“Seorang wanita hatinya halus dan lembut”

Demikian kata-kata daripada aktress jelita, Nasha Aziz apabila menyentuh soal kaum hawa yang sering diduga dengan pelbagai perkara kurang enak kebelkangan ini.

Memetik temu bual bersama majalah Nona, Nasha menyifatkan wanita yang diduga adalah seorang yang berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan.

Malah pelakon filem Talbis Iblis ini turut menitipkan pesan kepada golongan wanita agar tidak menunduk kepada mana-mana manusia sebaliknya hanya berharap kepada yang maha esa.

“Saya faham, wanita yang begitu adalah wanita yang penuh dengan kepercayaaan setia kepada sesuatu.

“Pesanan saya adalah percaya dan kekuatan jiwa kita hanya pada satu iatu Allah SWT. Apa yang kita buat adalah atas kehendak Allah dan jangan menunduk kepada manusia lain.

“Itu sahaja kekuatan kita sebagai manusia. Working towards humanly reality…go,” ujarnya ringkas.

Sumber: majalah Nona

 

 

Khairil Khusyairi