#SkoolXTRA Ini 3 Memori Fahrin Ahmad Ketika Di Sekolah! ‘Syok’ Masuk Asrama Penuh & Nama Selalu Kena Petik Dengan Kawan Sebab…

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan pelakon dan juga pengacara popular, Fahrin Ahmad yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Fahrin dulu seorang pelajar sekolah agama tau! Bukan biasa-biasa okey!

Jom kita throwback balik momen-momen Fahrin dulu. Katanya dulu dia lah kapla semuanya.. betul ke Fahrin?

Fahrin badan besar dulu?

“Kalau ada pemilihan nak jadi ketua apa-apa, mesti budak lain akan tunding jari dekat saya sebab badan saya besar. Kalau nak tahu, berat saya ketika tiga tahun adalah 30 kilogram.

“Sampai ke darjah enam, bukan sebab saya besar sangat tapi mungkin sebab saya jenis yang senang berkawan…buak-budak lain pun seronok petik nama saya.. pengerusi pengakap pun pernah jadi.

“Darjah 6 saya ketua pengawas ya…awas!

First time masuk asrama penuh!

“Ini yang ramai tak tahu.. saya dulu sekolah Maahad tau, sekolah arab ketika Form 2!

“Best masuk asrama penuh, jumpa abang senior. Buli-buli tu tak adalah cuma takut saja pada senior.

“Itu kenangan yang best sebab sekolah agama tu kena make sure 5 kali sehari pergi surau. Kalau lambat kena rotan.

“Saya pernah lambat nak pergi solat Subuh di surau, kami sembunyi dalam locker… susun-susun almari tu lepastu sembunyi dekat belakang. Alhamdulillah tak kantoi…

Fahrin budak sukan tau!

“Macam-macam sukan saya main dulu! Hebat tak?

“Dulu saya sangat dikenali ketika di Maktab Sultan Abu Bakar  di Johor Bahru tu memang saya player ragbi lah.

Haa macam mana momen-momen Fahrin time sekolah dulu? Nakal jugak ya Fahrin Ahmad!

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA: Ini 3 Memori Ernie Zakri Ketika Di Sekolah! Pernah Jadi Tukang Karut & Kena Gelak Dengan Kawan-Kawan Sebab…

Khairil Khusyairi