“Dia Memukul Wanita Bernama Diana Pada 2005,” – Tiada Niat Ungkit Kisah Silam, Farid Kamil Kesal Isteri Masih Trauma

Perkongsian terkini pelakon, Farid Kamil mengundang 1001 persoalan warganet mengenai maksud disebalik mesej sebenar yang ingin disampaikannya.

Berdasarkan status itu, Farid meluahkan rasa berang terhadap seseorang yang tidak serik memukul wanita sejak dari tahun 2005 sehingga kini.

“Hoi, baru tulis pasal boss korang.. Kau katakan ungkit kisah lama. Bukan ungkit tetapi fakta benda di pukul ini tak boleh pakai special effect macam dalam filem.

“Dah hantar balachi pula untuk kutuk filem Anwar. Dasar acah-acah gangster adik-adik.

“Untuk rekod, ya dia yang memukul wanita bernama Diana pada 2005. Report tapi Tiada Tindakan (NFA).. Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali, sindir Pak Abu,” tambahnya.

Jelas pelakon filem Anwar The Untold Story ini lagi, dia mengakui isterinya itu masih terkesan dan trauma kerana ditumbuk oleh individu berkenaan.

“Trauma sampai sekarang, kesian. Tak ada siapa boleh backup orang trauma ni tau Dol. Kau sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi..

“Ambik gambar senyum dengan gigi palsu tu jari kasi tunjuk atas? Macho ke pukul wanita ni Dol?,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Farid turut memuat naik hantaran di Instagram berbentuk sindiran dan individu lelaki memukul wanita itu sebagai munafik.

Artikel Berkaitan: “Adakah Ini Anak Munafik…Macam Filem” – Muat Naik Hantaran, Farid Kamil Sindir Siapa?

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Ada Niat Nak Bangkitkan Semula Kisah Penderaan Itu” – Diana Danielle

Aqilah Paharuzi