[VIDEO] Kakak Misya Kongsi Perkembangan Terkini Adik, Siap Muat Naik Ceramah UAI Berkaitan Isu Kahwin Lari Di Thailand

Susulan pelbagai persoalan timbul mengenai status terkini isteri pertama kepada Aslam iaitu Umisya Mazlan selepas kontroversi perkahwinan suaminya bersama Marissa Dania Hakim, kakaknya, Nadiah Mazlan memaklumkan, adiknya itu kini berada dalam keadaan baik.

Katanya, Umisya atau lebih mesra disapa Misya hanya membaca komen dan kata-kata semangat yang dititipkan, selain ahli keluarga akan sentiasa bersama dan menemaninya.

“@umisyamazlan sekarang alhamdulillah okay. Dia baca saja setiap komen, kata-kata semangat yang dititipkan untuk dia.

“Kami semua sentiasa ada dengan dia. Inshaa-Allah, Allah akan sentiasa bersama dia dan anak-anak,”katanya.

Perkara itu dikongsi Nadiah menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

Dalam pada itu, Nadiah juga turut memuat naik hantaran berupa ceramah agama yang disampiakan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai ‘Adakah Sah Nikah Di Thailand Sedangkan Wali Masih Hidup Di Malaysia Kerana Takut Wali Tak Setuju’.

Dan, berdasarkan ceramah yang disampaikan, UAI menjelaskan, bahawa pernikahan yang berlaku di Thailand ada yang sah dan ada yang tidak. Kerana pasangan yang bernikah di Thailand seharusnya pulang semula ke Malaysia untuk mendaftar semula perkahwinan tersebut.

Namun, sekiranya perkahwinan tersebut dalam kategori yang sah, pasangan tersebut tetap berdosa kerana mereka telah melakukan tiga kesalahan besar iaitu, menyakitkan hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka bersedih sekaligus perkara ini adalah haram dan berdosa besar.

Dalam hantaran sama, Nadiah juga turut berkongsi tangkap layar daripada komen yang ditinggalkan mengenai kes perkahwinan membabitkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan Ira kazar berhubung isu wali.

“Sebab itu dalam kes Syamsul Yusof dan Ira, Kazar ada sekali dalam majlis akad nikah di Songkhla.

“Betul, Kazar pun ada.. Tapi apapun nikah je lah di Malaysia walaupun kena ikut prosedur tertentu. Inshaa-Allah sah. Mak ayah pun tak terabai.

“Sebab tu, ada kes wanita cari walinya yang hilang untuk nikahkan dia. Kalau tak jumpa, cari pula sebelah ayah dia. Tak jumpa baru abang atau adik lelaki yang baliqh,” komen netizen.

Terdahulu, Nadiah tampil mengesahkan perkahwinan Aslam dan Marissa Dania sebagai isteri kedua yang berlangsung secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Marissa & Aslam Kahwin 17 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

ARTIKELBERKAITAN:Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

ARTIKEL BERKAITAN:Kakak Isteri Pertama Sahkan Marissa Dania Kahwin Dengan Aslam Di Thailand Sebagai Isteri Kedua!

ARTIKEL BERKAITAN:Jadi Isteri Kedua, Marissa Dania Nikah Di Thailand Tanpa Pengetahuan Norman Hakim & Abby Abadi?

ARTIKEL BERKAITAN:Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

 

Salma Syahbuddin