Categories: SelebritiTrending

Ditawar Jadi ‘Anak Ikan’, Individu Mahu Bayar RM300,000 Untuk Hafreez Adam

Pelakon dan usahawan Hafreez Adam mendedahkan ada individu yang menawarkannya untuk menjadi ‘anak ikan’.

Menerusi perkongsiannya, individu itu mengirim mesej secara langsung di Instagramnya dengan menawarkan bayaran sebanyak RM300,000 untuk menjadi ‘anak ikan’.

“Hi I nak offer u 300k jadi anak ikan bukan nak scam u hahaha I serious. Boleh reply dm ni,” tulis individu itu.

Tidak berdiam diri, Hafreez dilihat membalas kiriman tersebut menarik perhatian warganet.

“Kaya ea. Nak buat sumbangan dekat rumah kebajikan tak? I have contacts,” balas Hafreez.

Namun begitu, Hafreez tidak menyangka bayaran untuk menjadi ‘anak ikan’ semahal itu ditawarkan.

“Mahal juga ea bayaran rupanya,” tulisnya sebagai kapsyen.

Atiqah Johari