Nafi Bela Anak, Abby Abadi Akhirnya Buka Mulut – “Saya Tak Pernah Mengiyakan Tentang Pernikahan Di Thailand Tu”

Setelah sekian lama berdiam, akhirnya pelakon Abby Abadi tampil bersuara mengulas tentang kontroversi yang melibatkan anak perempuannya bersama aktor Norman Hakim, Marissa Dania, sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, nama Marissa kembali hangat diperkatakan selepas didakwa sudah sah berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand sejak 17 Disember lalu.

Enggan kontroversi tersebut timbul pelbagai spekulasi, Abby tampil menafikan dakwaan yang menyatakan dia dan Norman meminta anak perempuannya itu bercerai.

“Mana datang statement ni? Saya tak pernah mengiyakan tentang pernikahan di Thailand tu, macam mana kata saya suruh mereka bercerai pula? Tanpa rasa bersalah create cerita tanpa kesahihah, kerja tiada etika ke macam mana?,” tulisnya di Instagram Story (Igs).

Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan turut menyatakan sebagai ibu, dia tidak pernah membela perbuatan anaknya, Marissa.

Bahkan, dia juga menyerahkan segalanya kepada Tuhan sekiranya isu itu benar dan berharap anak-anaknya sentiasa dilindungiNya

“Muktamad, sebagai ibu, dari awal timbul isu ini, saya tak pernah bela dan menangkan anak saya. Kalau betul berlaku seperti yang digembar ALLAH lah sebaik-baik tempat mengadu dan semoga ALLAH melindungi anak-anak saya,” katanya.

Malah, pelakon Gerak Khas itu juga sempat menasihatkan pihak media untuk lebih berpada-pada mengulas isu tersebut.

“Pada portal atau sesiapa sahaja yang mengambil isu ini sebagai content, Boleh terus menulis apa sahaja tapi ingat semua akan dipertanggungjawabkan ok. Berpada-pada,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata Orang Tidak Akan Pernah Lelah Menilai Kekuranganmu” – Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN: Ruangan Komen Diserang, Netizen Salahkan Abby Abadi Terlampau ‘Back Up’ Anak – “Last-Last Anak Membelakangi Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Tiri Kahwin Dengan Suami Orang Di Thailand, Bapa Tiri Marissa Enggan Ulas – “Lebih Baik Tanya Norman” 

 

Fatin Nurain