Isu Kahwin Senyap-Senyap Undang Risau, A. Aida Beri Pesanan Keras Untuk Anak Perempuan – “Nak Kahwin Tu Cakap, Mesti Dapat Restu Dulu”

Perkongsian pengarah dan penerbit Datuk A. Aida yang memberikan pesanan kepada anak perempuannya, Azevanatassha tampil meraih perhatian dalam kalangan netizen.

Dalam sebuah hantaran di Instagram, A. Aida telah mendoakan agar anak perempuannya itu bertemu jodoh yang baik.

Namun, pengarah itu sempat berpesan kepada anaknya untuk tidak berkahwin tanpa pengetahuannya dan meminta restu terlebih dahulu.

“Moga jumpa jodoh yang baik mata biru, tapi nak kahwin mesti dapat restu dulu. Jangan jadi anak derhaka kahwin senyap-senyap. Nanti satu sen harta aku pun tak dapat,” tulisnya.

Sementara itu, A. Aida juga sempat meluahkan penat lelah seorang ibu membesarkan anak-anak seolah bimbang dengan isu yang berlaku kebelakangan ini.

“Tak terucap penat lelah dan susah payah ibu membesarkan anak.Apa saja kemahuan ibu akan cuba penuhi.

“Sebagai balasan belajarlah rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya wahai anakku,” katanya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang memuji sifat penyayang pengarah itu yang mengambil berat tentang anak-anaknya.

Namun ada juga yang menganggap perkongsian tersebut adalah sindiran terhadap kontroversi yang sedang hangat menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lalu.

Fatin Nurain