[VIDEO] “Kau Manusia, Bukan Kambing,” – Mulut Akan Bau Busuk, Muka Jadi Lesu… Kak KM Tegur Jangan Terlalu Cut Sugar

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberi teguran kepada pengikutnya di media sosial berhubung penjagaan makanan.

Menerusi video di platform TikTok, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini meminta pengikutnya untuk menjalani pemakanan diet yang seimbang, elakkan daripada menjadi terlalu tegas.

“Kalau tak makan nasi, tak ambil gula satu sudu akan bagi kesan dekat muka kau jadi ‘haggard’  akan tarik muka kau.

“Orang nak ada jawline, cantik mana-mana posisi. Bila sekat semua benda, makan salad je hari-hari kau manusia bukan kambing.

“Bila makan sayur hari-hari, diet… nanti muka nampak tak bermaya, macam tua. Mulut berbau.

“Tak ada tenaga, tak boleh berfikir dengan cara sihat… Faham tak apa yang saya cakap ni,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat peribadi Kak KM berhubung isu kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Gelek Depan Khalayak Ramai, Aksi Panas Kak KM Buat Netizen Tak Senang Duduk

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bercuti Di London, Penampilan Anak Sulung Kak KM Dikritik Ramai – “Macam Latino, Ingatkan Anak Barat Mana Tadi”

Aqilah Paharuzi