Categories: SelebritiTrending

“Kami Rancang Seawal Mungkin” – Impi Majlis Sederhana, Azri Iskandar Jadi Kahwini Dr. Azra Tahun ini

Pelakon Azri Iskandar memberi bayangan bahawa bakal menamatkan zaman duda dengan tunangnya, Dr Azra Diera tahun ini.

Memetik laporan mStar, Azri memaklumkan bahawa dia ingin berkahwin secepat mungkin dan tidak akan menyembunyikan perkara baik tersebut jika sudah mempunyai tarikh.

“Kami jadi kahwin, nanti saya beritahu bila hari bersejarah itu. Insya Allah tahun ini… kami memang rancang nak kahwin seawal mungkin.

“Sebelum ini saya ada kongsi punca majlis kami tertangguh disebabkan faktor kewangan… saya akan beritahu kamu (media) semua apabila sudah ada tarikhnya,” ujarnya kepada wartawan mStar.

Sementara itu, Azri turut berkongsi bahawa dia menginginkan majlis yang sederhana yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat untuk berkongsi hari bahagianya.

“Walaupun sudah tua saya tetap akan buat majlis tapi sekadar kenduri kecil-kecilan. Nak bersanding mungkin tidak rasanya.

“Majlis akan dibuat sederhana, sekadar meraikan keluarga dan rakan-rakan untuk memaklumkan kami sudah mendirikan rumah tangga,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Azri menyatakan bahawa terpaksa menunda perkahwinannya kerana wang yang dikumpul masih belum mencukupi.

Artikel Berkaitan: Hampir Setahun Bertunang, Azri Iskandar Terpaksa Tunda Perkahwinan Dengan Dr. Azra

Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Profesional ‘Bertembung’ Azri Iskandar Selepas Setahun Cerai – “Saya Okey Dalam Satu Set Dengan Dia Tapi…”

Terdahulu, Azri mengesahkan telah mengikat tali pertunangan dengan Dr Azra pada 29 Jun tahun lalu.

Untuk rekod, Azri telah berkahwin dengan Ellie Suriaty selama 19 tahun namun disahkan bercerai pada 17 Mei 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakn dua orang anak iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 14.

Sumber: mStar

Atiqah Johari