[VIDEO] Kecam Safawi & Syifa Berjemaah, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Adik-Beradik Melvin -“Dia Punya ‘Sound’ Tak Ada Terpesong Langsung!”

Usahawan selebriti, Syatilla Melvin bersama adik-adik beradiknya yang lain mencuri perhatian warganet selepas sesi siaran langsung di TikTok mereka dimuat naik semula oleh peminat.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit lebih itu, Syatilla bersama-sama Syida dan Syafiqa Melvin tidak berpuas hati dengan tindakan adik mereka, Syifa yang dilabel sebagai tidak prihatin terhadap ahli keluarga yang lain.

Menurut Syida, mereka sekeluarga telahpun sampai ke Terengganu selama dua hari namun Syifa tidak sekali pun datang menjenguk mereka apatah lagi bertanyakan soal makan minum keluarganya.

@nadyanaerwany Hahahaa harey ler depa nie😂😂 keras perut weiii dok gelakk… @SyatillaMelvin #syifamelvin ♬ original sound – N A D Y A 🕊

 

Bagaimanapun, menerusi hantaran video sama, Syatilla dan adik beradik yang lain dikejutkan dengan kehadiran Syifa di bilik hotel mereka dan memaklumkan ‘kutukan’ yang dibuat itu hanyalah sekadar gurauan mereka adik-beradik.

@nadyanaerwany Ishh lahai hampa nie..hahahaha..1 perut 1 lorong🤣🤣 #syifamelvin @SyatillaMelvin ♬ original sound – N A D Y A 🕊

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur sehinggakan ramai yang boleh ‘relate’ dengan telatah mereka.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dengan menerima lebih 176,000 tanda suka.Usahawan selebriti, Syatilla Melvin bersama adik-adik beradiknya yang lain mencuri perhatian warganet selepas sesi siaran langsung di TikTok mereka dimuat naik semula oleh peminat.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit lebih itu, Syatilla bersama-sama Syida dan Syafiqa Melvin tidak berpuas hati dengan tindakan adik mereka, Syifa yang dilabel sebagai tidak prihatin terhadap ahli keluarga yang lain.

Menurut Syida, mereka sekeluarga telahpun sampai ke Terengganu selama dua hari namun Syifa tidak sekali pun datang menjenguk mereka apatah lagi bertanyakan soal makan minum keluarganya.

 

Bagaimanapun, menerusi hantaran video sama, Syatilla dan adik beradik yang lain dikejutkan dengan kehadiran Syifa di bilik hotel mereka dan memaklumkan ‘kutukan’ yang dibuat itu hanyalah sekadar gurauan mereka adik-beradik.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur sehinggakan ramai yang boleh ‘relate’ dengan telatah mereka.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dengan menerima lebih 176,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin