“Saya Yakin Idea Takkan Diterima Stesen Sebab…” – Shahrulezad Kenang Kembali Pembikinan Drama Nur, Tak Sangka Bertahan Sampai Sekarang

Siapa yang tak ingat dengan drama bersiri Nur yang mencipta fenomena apabila menjadi drama rantaian popular tanah air dengan jumlah tontonan yang tinggi.

Biarpun sudah lima tahun ditayangkan namun pastinya karya itu meninggalkan kesan kepada masyarakat yang mengangkat kisah realiti yang begitu asing dalam kisah drama TV.

Terbaharu, pengarah drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin mengenang kembali saat pembikinan drama Nur pada peringkat awal.

“Diam tak diam dah lima tahun drama ni saya buat. Tiba-tiba teringat kenangan shoot drama ni. Dengan skripnya yang tak siap. Dengan mengejar tx bulan puasanya. Basically cerita ni sedikit huru-hara untuk saya. But we had fun. Really really fun.

“Actually cerita Nur ni adalah ‘comeback’ saya dalam slot Samarinda bulan puasa setelah beberapa tahun saya tak ‘mencemar duli’ mengarah drama untuk slot Samarinda Ramadan.

“Kalau tak silap saya, last drama saya buat sebelum Nur ialah SyurgaMu Ramadan. Lepas tu saya berehat dari buat sebab saya dah tak ada idea cerita apa yang saya nak buat.

“Literally semua issue drama Samarinda Ramadan saya dah buat bermula dari Seputeh Qaseh Ramadan, Kerana Cintaku Saerah dan beberapa lagi. Senang cerita slot Samarinda Ramadan sangat sinonim dengan brand Shahrulezad dan Radiusone. Tapi tu lah bila dah saban tahun buat lama lama saya dah mula ketandusan idea. Tu yang saya break sekejap dari Samarinda Ramadan,” kongsinya.

Menurut Shahrulezad, dia meluahkan rasa terkejut apabila pihak stesen TV bersetuju dengan proposal drama Nur malah tidak menyangka drama ini mampu bertahan sehingga ke hari ini.

“Sehinggalah pada suatu hari Kak Siti @nurlisia WhatsApp saya minta buat ‘comeback’ katanya. Masa tu saya blur sebab saya sebenarnya tak bersedia lagi. Saya tak bersedia sebab saya tak ada idea.

“Ye lah semua isu saya macam dah sentuh. So saya diamkan diri buat bodoh kejap. Bukan sombong tapi tu lah idea tak datang kan.

“Sehinggalah pada suatu pagi tu kak Siti mesej lagi tanya proposal. Masa tu saya kat hospital buat check up. Sementara nombor naik tu saya pun garu-garu kepala fikir cerita apa aku nak goreng kali ni.

“Scroll FB kejap cari idea. Tup tup Allah bagi ilham buat cerita fasal sorang ustaz jatuh cinta dengan pelacur. Masa tu saya tersengih dah sebab saya yakin sangat idea tu tak akan diterima oleh mana-mana stesen sebab isunya yang sensitif.

“Saya lega at least saya boleh tolak permintaan TV3 dengan cara paling berlapik kononnya. At least saya propose la juga walaupun saya tahu mustahil mereka setuju.

“Tup tup mereka setuju! Hahahahaha. Maka mengelabah tenuk lah aku dok mengetuk skrip sambil pilih cast yang pun sejenis huru-hara juga. And well the rest is history. Tak sangka drama ni boleh bertahan sampai sekarang,” cerita Sharulezad.

Drama bersiri rantaian popular Nur dan Nur 2 lakonan Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azar Azmi, Azhan Rani, Noorkhiriah, Atiq Azman dan ramai lagi menjadi fenomena ketika bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada 2018 dan 2019.

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini juga berjaya meraih lebih 11 juta tontonan pada siri pertama dan 10 juta tontonan menerusi Nur 2.

Khairil Khusyairi