[VIDEO] Farid Kamil Pakaikan Helmet Ahirine Ahiruddin, Netizen Risau Diana Danielle Cemburu?

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil memakaikan helmet untuk pelakon yang membintangi filem terbarunya, Remp-It 2 iaitu Ahirine Ahiruddin.

Menerusi perkongsian Ahirine di TikTok, Farid membantu memakaikan helmet yang kelihatan sedikit ketat untuk dipakai sambil memandang wajahnya.

Selain itu, Farid turut memberi penjelasan tentang cara pemakaian helmet yang selamat.

“Ini cara yang selamat untuk memakai helmet. Pastikan rambut tidak menutupi mata kerana ia akan menganggu perjalanan kita,” ujarnya.

@ahirinee @Farid Kamil #Rempit2 ♬ original sound – Ahirinee

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen luahkan rasa bimbang jika isterinya, Diana Danielle akan cemburu melihatnya tindakan yang kelihatan mesra itu.

“Bang farid tidur sofa malam ni.

“Harap bini dia tak jeles.

“Bang saya ada selimut lebih,” usik netizen.

Kemudian, Diana turut meninggalkan komen di video tersebut dan mengajak orang ramai untuk menonton filem suaminya itu.

“Toksah nak tag sangat lah korang, yang penting ampa pergi tengok Remp-It 2 di pawagam noh,” katanya.

Maya Basir