[VIDEO] Kelakar! Aksi Aeril Zafrel Pakai Foto AI Siti Nurhaliza Bikin Berdekah, Netizen Komen: “Murung Hidup Aafiyah Tengok Ni”

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mencuri perhatian selepas memuat naik sepotong video menggunakan aplikasi transisi wajah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aeril bukan sahaja menggunakan filter teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) milik wajah Siti Nurhaliza, malah turut meniru gaya percakapan dan menyanyi lagu Cindai yang dipopularkan penyanyi itu.

“Aafiyah anak ibu. Mari sini sayang…Aafiyah,” katanya ringkas.

 

Terhibur dengan gelagat Aeril, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan, bukan sahaja Aafiyah yang akan terkejut melihat video tersebut, tetapi Datuk Khalid juga akan berasa murung.

“Kalau macma ni Aafiyah pun lari.

“Bukan takat Aafiyah anak ibu je murung, Datuk K tengok pun murung.

“Mak Aafiyah versi dark web ke ni?

“Datuk Siti Nuraeril Zafrel.

“Nangis Aafiyah tengok ibu dia berjanggut.

“Kau ni kan… semua benda viral dia nak sapu,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 1,000 komen sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin