[VIDEO] “Kepada Kamu, Moga Berbahagia… Kini Cinta Kita Telah Berakhir, Selamanya” – Status Janna Nick Jadi Perhatian, Ramai Dakwa Putus Cinta Dengan Dini Schatzmann?

Pelakon dan penyanyi Janna Nick mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat dan pengikutnya dimedia sosial apabila memuat naik status di Instagram seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan cintanya bersama pelakon, Dini Schatzmann telahpun berkahir.

Malah, menerusi tinjauan XTRA di ruangan media sosialnya itu, Janna juga kelihatan menutup ruangan komennya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal ini juga turut memuat naik sebuah video di TikTok berdurasi 25 saat memaparkan dirinya sedang menjamu selera.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah tulisan pada paparan skrin berkenaan yang dilihat menguatkan lagi kenyataan mengenai status hubungannya bersama aktor berkenaan.

“Janna, 27 tahun, single, tak suka buka packaging sambal,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut aktres berkenaan terkejut dengan status terkini Janna namun ada juga yang mendakwa ia hanyalah sekadar kontent semata-mata.

Untuk rekod, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, dan Dini Azan Schatzmann,28, telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2019 lagi apabila kedua-duanya terlibat dalam drama rantaian berjudul Bukan Cinta Aku.

Salma Syahbuddin