[VIDEO] Kereta Limited Edition Pekin Ibrahim Alami Kemalangan & Total Lost, Seorang Mangsa Patah Bahu

Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim mengalami kerugian apabila kereta baharu miliknya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi perkongsian Caricarz.com di Facebook, kemalangan kereta jenis Toyota GR Yaris yang merupakan edisi terhad hanya dari Jepun itu diisytiharkan kerosakannya sebagai ‘total lost’.

Menurut tiga saksi, kereta tersebut hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Memetik laporan New Straits Times, Pekin mengesahkan kereta tersebut miliknya namun kemalangan berlaku semasa rakannya mahu pandu uji kereta itu.

“Saya tak ada dalam kereta masa tu. Saya dekat kedai saya, Big Joe Carwash and Detailing di Putra Heights iaitu dua kilometer jaraknya semasa kemalangan berlaku,” ujarnya.

Tidak menjelaskan punca kemalangan, Pekin memberitahu penumpang di dalam kereta selamat dan seorang mengalami kecederaan.

“Semua orang dalam kereta okay cuma ada seorang patah bahu.

“Nasib malang (kereta rosak), tapi yang penting semua selamat.

“Allah Maha Mengetahui, mungkin ada perkara lebih baik yang akan digantikannya,” katanya.

Meninjau di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen turut berduka cita tentang kerosakan keretanya.

Maya Basir