[VIDEO] “Kereta Tak Ada Otak! Ni Bukan Tempat Parking” – Sikap Penting Diri Letak Kereta Di Bahu Jalan Buatkan Bas MRT ‘Tersangkut’

Baru-baru ini, video sebuah bas perantara Transit Aliran Massa (MRT) sangkut di jalan berhampiran Stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Sikap penting diri rakyat yang meletakkan kereta secara haram di kiri dan kanan bahu jalan membuatkan bas ‘tersangkut’ dan lambat dari jadual asal.

Dalam video berkenaan, seorang individu merakamkan kejadian tersebut dan bengang dengan sikap sesetengah orang awak yang pentingkan diri sendiri.

“Kereta-kerta tak ada otak. Ni bukan tempat parking eh. Habis semua sangkut, bas nak lalu pun tak boleh. Dah rapat tu. Ikutkan hati nak suruh bas sodok je. Orang lain pun nak balik ni terpaksa sangkut,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa marah, malah ada yang memberikan pendapat tersendiri.

“Nanti budak-budak b*d*h terpaling bawa kereta mula lah blame government or benda l*nc*u lain ke apa sebab parking tak ada otak macami, when you have options to use bike or a bicycle or walk or go somewhere else like decent civilized human being, tapi drivers malaysia memang ramai b*d*h.

“Sagat je bang, ambil nombor plat kereta lepastu buat claim kat insurans kereta. Buat report polis dulu,” komen netizen.

Nurul Hana