Netizen Komen: “Terlalu Kurus & Nampak Cengkung Sangat”, Fasha Sandha Tampil Beri Respons…

Aktres jelita, Fasha Sandha sekali lagi menjadi bualan warganet apabila memuat naik sebuah foto bersama suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan dan Aidil mengenakan busana sedondon berwarna biru.


Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap foto yang dimuat naik pelakon drama Khilaf Asmara itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-ratanya memberi komen mengenai penampilan Fasha yang dikatakan terlalu kurus dan nampak berusia. Malah, ada juga yang mendakwa wajah Fasha kelihatan letih.

“Terlalu kurus, tak cantik nampak tua,” antara komen yang ditinggalkan oleh warganet.

Namun, Fasha yang sering membalas komen-komen di media sosial tampil memberi respons kepada komen- komen tersebut.

Biarpun rata-rata warganet lebih tertumpu kepada penampilan Fasha itu, ramai juga yang tampil memuji dan menyokong Fasha untuk kekalkan tubuh badan sebegitu.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Fasha itu telah meraih lebih 24,000 tanda suka dan lebih 600 komen.

Khairil Khusyairi