[VIDEO] Kongsi Vlog Rutin Harian Bangun Seawal Jam 5 Pagi, Ramai ‘Salute’ & Puji Watie Hanifiah Sangat Cekap Jadi Suri Rumah

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi rutin hariannya menjadi suri rumah.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Watie mula bangun seawal jam lima pagi untuk menyediakan sarapan sementara menunggu suaminya bersiap untuk ke kerja.

Seterusnya pada jam 7 pagi, Watie akan menghantar anak-anaknya ke sekolah sambil berborak-borak sepanjang perjalanan itu.

Sebelum jam 7 petang, Watie akan memasak makan malam buat mereka sekeluarga.

“Okay ini lah dia rutin harian mommy sebenarnyanya. Start dari jam 5 pagi, ni belum termasuk lagi kalau tiba-tiba mommy kena jadi supir (driver) daddy… 1 hari suntuk.

“Tapi mommy suka saja sebab tempat isterikan di sisi suami. Aaa gitcheww,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Watie seorang isteri yang sangat baik dan taat kepada suami.

Ramai juga dalam kalangan netizen yang terharu melihat keserasian dan kemesraan Watie bersama anak-anak.

Tidak kurang juga selebriti, Sharifah Shahirah turut memuji Watie seorang isteri yang sangat cekap.

Sebelum ini, Watie mendedahkan suaminya, Shuib gemar melihat wajahnya memakai alat solek setiap kali mereka keluar bersama.

Artikel Berkaitan: Dikritik Selalu Bersolek, Ini Respons Watie Hanifiah – “Suami Suka Tengok Kita Bersiap, Pakai Makeup.. Nak Buat Macam Mana”

Sekadar info, Shuib dan Watie sah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 lalu.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Siti Sarah pada 27 Feb 2011.

Allahyarham Sarah bagaimanpun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat wabak COVID-19.

Hasil perkahwinan pasangan ini mereka mempunyai empat cahaya mata.

Aqilah Paharuzi