Categories: HiburanSelebriti

Cara Hairul Azreen Cabut Gigi Yusuf Iskandar Buat Ramai Tergamam – “Level Paskal Punya”

Pelakon Hairul Azreen sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas berkongsi momen dia mencabut gigi anak sulungnya, Yusuf Iskandar.

Perkara itu telah dikongsikan oleh isterinya, Hanis Zalikha menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Lebih mencuri perhatian, Yusuf seolah-olah terkejut dengan tindakan bapanya yang mencabut giginya dengan mudah dan cepat.

“Cabut gigi Yusuf,” tulisnya.

Kagum melihat ketenangan si cilik itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Malah, ada juga yang meluahkan seriau mereka selepas melihat cara pelakon itu mencabut gigi anaknya.

@haniszalikhaCabut gigi Yusuf♬ original sound – Hanis Zalikha
Fatin Nurain