[VIDEO] Kontroversi Anak Seksi, Azhar Sulaiman Tak Nak Panjangkan Isu – “Dia Famous Atas Sebab Yang…”

Pelakon, Azhar Sulaiman memakumkan tidak mahu lagi menanjangkan isu sensasi berkaitan anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang acap kali menampilkan penampilan seksi.

Azhar menerusi hantaran di TikTok miliknya baru-baru ini mengelak untuk ditemubual oleh Melodi TV3 kerana mahu meneruskan kehidupan dan melupakan perkara yang telah terjadi.

“Hi Michelle (wartawan Melodi). Saya sebenarnya tak nak panjangkan, let it slide saja.

“I don’t want to make a mark yang this issue is big deal.

Sebenarnya apa yang berlaku ni it is not something yang menggembirakan dan baik. It’s not winning situation, tiada,” katanya.

Tambah Azhar lagi, bergaduh hanya mengeruhkan keadaan antaranya bersama anak yang menjadi terkenal gara-gara perkara tidak baik.

“I am lost, that person (Leona) is at lost. Bergaduh ni merugikan kedua-dua pihak sebenarnya.

“Bukak aib, dia famous for the wrong reason. Actually, gaduh ni is a bad thing for me and for the person yang gaduh dengan saya,” tuturnya.

Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen Azhar menyeru untuk melupakan dan memaafkan segala perkara negatif yang hanga membazirkan masa semua pihak.

“Forgive and forget cepat cepat untuk semua perkara-perkara negatif yang telah berlaku.

“Rugi masa semua orang,” tulisnya.

Sebelum ini, Kasih Iris Leona menjadi sebutan ramai di media sosial apabila tular foto miliknya memakai pakaiaj menjolok mata.

Malah, isu tersebut membuatkan Leona memgakui dia memerlukan ahli terapi apabila teruk dihentam berkali-kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Iris Leona Mahu Therapist, Ini Respons Azhar Sulaiman

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Seksi, Kasih Iris Leona Luah Rasa Kecewa – “Tubuh Saya, Pilihan Saya! Tak Ada Kena Mengena Langsung Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Berbikini Putih, Leona Buat Netizen Terkejut Dengan Dress Ungu Pula – “Mat Salih Pun Ada Tahap Sopan”

Aqilah Paharuzi