Video Lucah Aiman Tino Viral, Syafiq Kyle Tampil Beri Nasihat

Sebagai seorang artis yang lebih banyak pengalaman dalam industri, Syafiq Kyle sempat memberikan nasihat buat Aiman Tino berhubung kes penularan video lucah miripnya baru-baru ini.

Menurut pelakon drama Nur ini, apa yang paling penting adalah sokongan daripada keluarga. Baginya setiap manusia melakukan kesilapan, tetapi apa yang penting adalah netizen tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan  hukuman dengan apa yang telah berlaku.

” Saya tiada nasihat apa-apa untuk diperkatakan kerana mereka boleh berfikir dengan baik. waras dan tanpa tekanan. Cukup dengan hanya mendapat sokongan daripada keluarga.  Itu yang paling penting.”

“Saya tidak boleh cakap banyak, cukuplah kita pun melalui banyak masalah. Bukan hanya pasal industri tetapi, maslah lain seperti penipuan dan rasuah. Dan sebab itulah saya kata tidak boleh menjatuhkan hukuman dengan apa yang telah dilakukan oleh mana-mana individu malah, kita kena cermin diri sendiri apa yang patut dan tidak kita lakukan.” Tegasnya

Salma Syahbuddin