[VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

Pelakon sensasi, Ruhainies dan selebriti Aliff Aziz dilihat tenang menjalani penggambaran drama Terjerat meskipun isteri aktor berkenaan, Bella Astillah hadir ke perbicaraan cerai mereka, semalam.

Tular sebuah video memaparkan Ruhainies dan Aliff masih meneruskan penggambaran meskipun nama mereka teruk dikritik ramai.

Video yang dimuat naik oleh individu yang secara kebetulan berada di lokasi penggambaran mereka itu memperlihatkan kedua-dua selebriti berkenaan sedang bersedia untuk berlakon.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap Ruhainies dan Aliff yang seakan tidak terkesan terhadap isu yang melanda mereka.

Malah, ramai dalam kalangan netizen memilih untuk memboikot drama tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 440,000 tontonan, 7,000 tanda suka dan lebih 700 komen.

@masta.naim

Semoga urusan korang semua dipermudahkan 🙏 #ruhainies #aliffaziz #bellaastillah #terjerat #fyp

♬ original sound – masta.naim – masta.naim

Sebelum ini, Bella hadir ke mahkamah pada pagi Rabu bagi sebutan kali pertama yang ditemani oleh ibunya, Zarinah Astillah dan adik, Didi Astillah pada jam 12.30 tengah hari.

Aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu memfailkan penceraian permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astilah berkata dia tidak menghalang suaminya, Aliff Aziz untuk bertemu anak-anak meskipun selepas mereka bercerai nanti.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Harap Netizen Doakan Untuk Bella Astilah – “Dia Masih Tak Boleh Terima, Tak Tidur, Kurus Sangat…”

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Aqilah Paharuzi