[VIDEO] Majlis Khatam Al-Quran Dayang Anisha & Putera Mateen Raih Perhatian – “Lembutnya Suara Dia”

Menjelang majlis perkahwinan pasangan sama cantik, sama padan iaitu, Pengiran Muda Abdul Mateen Ibni Hassanal Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah Adam Kalebic yang bakal berlangsung pada Khamis, majlis khatam al-quran terlebih dahulu dijalankan.

Menerusi perkongsian video tular di TikTok, rakaman majlis tersebut meraih perhatian dalam kalangan masyarakat, apatah lagi ramai yang berasa teruja tatkala mendengar lantunan bacaan ayat suci dari Dayang Anisha.

“Cara Putera Mateen pandang Dayang Anisha tu memang siapa tengok akan cair.

“What a lucky girl! Dah lah cantik, pandai mengaji.

“Adui! Lembutnya suara dia patut TMSKI cair,” komen netizen.

Malah, Anisha yang tampil anggun dengan persalinan baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei berona putih itu adalah hasil rekaan anak kelahiran negeri Kedah yang juga pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus.

Difahamkan, majlis khatam al-quran itu telahpun dijalankan pada 3 Januari lalu iaitu beberapa hari sebelum istiadat rasmi dijalankan.

Manakala, acara kemuncak adalah Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari sebelum pasangan itu diarak mengelilingi ibu kota Brunei dan seterusnya majlis resepsi yang akan diadakan pada hari berikutnya.

Sekadar info, Putera Mateen, 32, adalah anakanda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Selain itu, pengantin wanita pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Salma Syahbuddin